APAKAH ITU INSURANS



 APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI INSURANS?

Secara mudahnya insurans ialah memindahkan risiko/kerugian individu atau sebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans.Ini bermakna syarikaat insurans akan  membayar segala kerugian yang ditanggung  oleh individu yang terlibat. Hal ini termasuklah  menanggung nyawa  individu seperti  risiko kematian, kesakitannn, ketidakupayaan, dan   memasuki wad hospial.  Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergatung pada jenis jenis.

KONSEP INSURANS

Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko.Melalui skim insurans,risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh  setiap individu dapat diminimumkan.

Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premium. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam tabung umum itu. Dengan cara ini risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau yang menyertai skim insurans ini.Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.

KEPENTINGAN INSURANS

Kepentingan Kepada Individu 
  • Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga terhadap pelbagai risiko Kecurian, Kerosakan, Kebakaran dan Kemalangan.
  • Melindungi masa depan keluarga.
  •  Menabung untuk masa depan. 
Kepentingan Kepada peniaga.
  • Insurans dapatmelindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risiko seperti Kebakaran, Kecurain, Pecah amanah dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya.
Kepentingan Kepada Negara  
  • Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk dilaburkan dalan sektor ekonomi.
  • Insurer dapar menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat taraf hidup.  




Comments

Popular posts from this blog

kupu2 comel

PRINSIP-PRINSIP NSURANS