ANDA INGIN TAHU TENTANG INSURANS DAN TAKAFUL?
APA ITU TAKAFUL?
Takaful
adalah kata terbitan bahasa arab '' kafala '' yang bermaksud '' jamin
'' dan perkataan Takaful membawa maksud salin menjamin. Istilah Takaful
telah diguna pakai dalam konteks insurans serta secara Islam . Ia
merupakan satu perjanjian anatara sekumpulan peserta untuk salin
menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian
tertentu.
Takaful
yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan
(Tijari) dimana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang
bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara' iaitu
terhindardaripada unsur Riba (bunga) , Maisir (perjudian) dan Gharar(
ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut,
perniagaan Takaful menggantikan nya dengan konsep Tabarru' (derma ) dan
perjalanan operasinya mengunakan dua konsep muamalah Islam iaitu monsep
'' Mudharabah'' dan ''Wakalah''.
Dalam
kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara
mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan , kasih sayang dan
saling bantu-membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang
diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan
untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau
kerugian.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai Takaful di sini.
Perbezaan antara Takaful dan Insurans
Takaful
dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan
bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun diantara keduanya
tersebut perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat
daripada beberapa sudut berikut.
- Hukum
Perniagaan
Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara
perniaagan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwah Kebangsaan
dan juga majlis-majlis fatwah lain. Perniagaan insurans mengandungi
unsur Riba, Maisir, dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala
hasil pendapatan daripada syarikat adalah haram.
2. Kontrak asas yang diguna pakai
Dalam
Insurans konvensional kontrak yang diguna pakai ialah kontrak
pertukaran (Mu'awadat) iaitu dalam bentuk jual beli.. Sementara Takaful
mengguankan kontrak derma (Tabbarru')
3. Kontrak-kontrak lain
Dalam
Insurans konvesional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak
jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan
kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)
4.Tanggungjawab pemegang polisi
Peserta
Takaful menyumbang caruman untuk saling menjamin diantara semua peserta
sementara pembeli Insurans akan membayar premium kepada penanggung
insurans. Pertayaaan Takaful merupakan satu akad di kalangan perserta
tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans
dan pemegang polisi.
5. Saluran pelaburan
Pelaburan
kumpulan wang Takaful akan dilaburkian melalui instrumen pelaburan yang
diharuskan dan perlaburan ini hanya akan dilakukan ke atas
syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan
ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh
Suruhan Jaya Sekuriti. (SC).
Pelaburan
syarikat insurans pulaadalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak
mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas
syarikat perjudian dan arak.
6. Perjalanan operasi
Syarikat
Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab
memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain
itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagi
sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak
mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich
Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat
dalam beberapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya
masih lagi peniagaan insurans konvensional.

Comments
Post a Comment